sekadar meluahkan, tidak mahu memendam segala isi hati dan jiwa saya.
Ini adalah sebenarnya surat-surat yang saya ingin tulis pada seorang lelaki
Kerana saya penakut, tidak berani secara berdepan, hanya tulisan penggantinya
Kerana angan dan fantasi itu indah, realiti itu pahit
Aku merupakan stalker setia facebook kau. ya, itu satu-satunya cara untuk aku tahu khabar diri kau.
Hari ini ada post baru. Kawan kau tag. Rasanya kau macam jadi cikgu. Kalau betul tahniah lah. Entah kenapa aku rasa sedih. Mungkin sebab aku tak dapat tahu dari post kawan kau, bukannya berita dari kau. Entahlah. Sedih rasanya