Friday, 21 February 2014

Lirik jadi pengganti luahan rasa

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu


Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu


Pertama kali saya dengar lirik lagu Afgan, sungguh ini betul2 luahan rasa hati saya

Saya selalu berharap jika awak bukan untuk saya, awak akan beritahu awal2
kerana saya mahu berhenti berharap sebelum ia menjadi terlalu lama
dan pada waktu itu, saya takut saya tak boleh buang perasaan
Benar kata orang, satu jam saya telah bisa cintai awak, tapi untuk melupakan perlu waktu seumur hidup/
Tapi macam mana awak bak bagitau kalau saya tak pernah beritahu awak dulu
Saya tiada keberanian itu. Lama saya berusaha untuk kumpul segala kekuatan ini
saya cuma takut

Definisi cinta

Cinta?
Bagi aku, definisi cinta yang aku percaya adalah
apabila aku mencintai seseorang itu
Senyuman dia paling aku impikan
Kebahagiaan dia paling aku inginkan
Setiap hari dalam hidup aku, aku mahu cipta beribu rasa manis pada dia
Mulanya aku akui, bila aku jatuh cinta pada kau
Aku nak bersama kau
aku nak kau jadi milik aku. aku milik kau
Siapa yang tak nak kan?
Semakin lama aku jatuh cinta pada kau, aku sentiasa cuba berfikir dengan matang
Untuk buat kau bahagia, tak semestinya aku harus bersama kau bukan?
Kerana aku tahu dengan setiap inci kekurangan diriku yang aku ukur, 
aku tidak layak..
macam dalam kisah dongeng klise
bagai perumpamaan orang Melayu dulu-dulu
Kita tak akan pernah  mendengar "bagai pinang dibelah dua"
Tapi kita akan dengar "seperti langit dengan bumi" "ibarat burung enggang dan burung pipit"
realiti itu menyakitkan, 
Aku tahu kau selayaknya dapat zaujah yang sempurna seperti diri kau juga
Ya, kerana yang selayaknya berdamping dengan kau itu akan buat kau bahagia
dan kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku
Aku bukan seperti lagu Hafiz "Bahagiamu Deritaku"
Kerana aku percaya,



Cinta itu tidak semestinya memiliki...

Putus asa

Assalamualaikum, lama saya tak menulis warkah untuk awak.
Bukan dah lupakan awak, tapi terlalu sibuk dan ada ketika tawar hati untuk menulis
Saya mengaku, ada ketika saya ajar pada diri sendiri untuk lupakan awak
Padam segala rindu dan kasih yang ada
Lunturkan segala harapan dan angan-angan .
Sungguh ia sukar. Mana bisa perasaan yang bertahun-tahun pendam boleh pergi dengan mudahnya
Paling drastik waktu awak cakap saya tak dapat intern kat Al hijrah
entah kenapa saya rasa dikhianati. Saya kecewa
Saya letakkan awak sebagai punca. awak salah, awaklah puncanya
saya ajar diri saya untuk benci awak
tapi tak jadi. mana boleh nak benci. mustahil
Hari ini awak tamat latihan industri ya. Tahniah. Selamat menjejakkan kaki ke alam pekerjaan realiti.
Moga Allah murahkan rezeki awak.
Kumpul duit banyak2, pinang bakal zaujah awak.
nanti saya tumpang gembira