Wednesday, 27 June 2012

KeTujuhBelas

Assalamualaikum awak

Terima kasih kerana menjemput saya :)

Pertama kali saya bergambar dengan awak, masa ini Allah saja yang tahu betapa saya gelabah.
Hari itu juga kali pertama kita bercakap dalam telefon
Subhanallah, masa tu gementar yang amat
Hari itu juga kali pertama saya jumpa family awak. :)

KeEnamBelas

Assalamualaikum awak,
mesti awak tertanya-tanya macam mana saya boleh suka kat awak?
Okay,jom imbas kembali masa kita 1st kali jumpa
Tempat pertama sekali kita jumpa ialah di depan counting room
Masa tu saya diperkenalkan dengan awak kat situ. 1 st sekali nampak muka awak
Then, awak ajar saya kerja kat TUO. saya OJT masa tu
Bila lama-lama borak, saya rasa selesa
Tak henti-henti saya bercerita dekat awak kan.
Saya jadi diri saya yang sebenar bila dengan awak
no cover-cover ayu.
Balik rumah saya teringin nak add awak kat FB, tapi saya segan
tengok2 awak add saya dulu kat fb. Perasaan masa tu, banggalah ! hehehe
Pastu kita jumpa lagi masa saya jadi visitor kat Petrosains. Masa tu awak jaga kat lobby.
The next week, awak ajak saya break sama , kadang2 balik sama.
Dan saya sendiri tak sedar macam mana saya akhirnya boleh suka kat awak
Secara tiba-tiba.
Mungkin layanan awak yang baik, suara awak yang lembut buat saya tertarik pada awak.
Muka awak sentiasa senyum je. Sejuk hati bila tengok. HEHEHE

Dan saya selalu cari peluang untuk mesej awak sama ada mesej di phone atau di FB.
sebab setiap kali saya dapat balasan dari awak, saya akan tersenyum lebar.
dan hati saya berdebar-debar. seronok sangat. hikhikhik.

Dalam proses saya jatuh hati kat awak, saya bayangkan awak adalah masa depan saya
suami saya. Sebab saya tahu awak adalah lelaki yang baik .
Tak pernah saya bayangkan awak jadi kekasih saya. tak pernah.
terus sebagai suami, sebab awak adalah angan-angan masa depan saya.
begitu sempurna.



Tuesday, 26 June 2012

KeLimaBelas

Assalamualaikum awak

Esok 1st paper saya, dari pagi saya tunggu awak balas mesej di FB
Asyik refresh fb, menunggu ada tak balasan dari awak.
Sebab saya mengharapkan kata-kata sokongan dari awak, wish good luck ke
Macam saya buat setiap hari masa awak final dulu.
Sejak awak pindah asrama baru, susah nak agak awak online bila :(
Saya penat ! saya asyik on off laptop
Saya online tunggu awak, tapi awak tak ada. Saya penat, saya tutup
Tapi bila saya tutup ,hati melonjak-lonjak nak buka balik. Takut awak balas
Oh ye, saya tengok , setiap kali awak share post
mesti ramai orang likes dan semuanya perempuan
Saya agak, mereka juga seperti saya
mengharapkan cinta awak
Saya mengaku saya cemburu
tapi apa guna saya cemburu??
awak bukan hak saya . bukan milik saya
saya hanya boleh pendam. dan mungkin berputus asa.
Salam pendamai hati

Sunday, 24 June 2012

KeEmpatBelas

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..





awak,ini lagu kesukaan saya. Pertama kali saya dengar ,terus jatuh cinta dengan melodi dan lirik lagu ini. Indah sangat.
Lagu ini adalah lagu latar belakang kepada blog ni.

KeTigaBelas

Assalamualaikum awak,


Kalaulah awak boleh dengar debaran hati saya berdegup kencang  setiap kali saya nampak awak,


Kalaulah awak boleh nampak betapa bersinar mata saya setiap kali pandang awak,


Kalaulah awak perasan nada suara saya berubah setiap kali bercakap dengan awak,


Kalaulah awak boleh tengok saya jadi serba tak kena dan gelabah setiap kali duduk dengan awak, 


Kalaulah awak boleh rasa tangan saya menggigil dan sejuk bila nak jumpa awak


Kalaulah awak boleh nampak saya senyum lebar dan teruja setiap kali dapat mesej awak


Kalaulah awak tahu awak selalu datang dalam mimpi saya,


Kalaulah awak tahu saya akan sesak nafas setiap kali tengok gambar awak


Kalaulah awak tahu saya tak boleh pandang nama FAUZI


Kalaulah awak tahu segalanya .....................................









Wednesday, 20 June 2012

KeDuabelas

Assalamualaikum awak,
Dah habis exam ye awak, suka bukan kemain lagi.
saja buat saya jealous, saya exam pun belum start lagi taw.
kelas pun belum habis.

Awak,mesti awak anggap saya kawan kan?
Kawan biasa.
Tapi kenapa saya tak? kenapa?

Mencintai awak secara diam, merindui awak dari jauh tak pernah memenatkan saya.
Saya rasa bahagia macam ini.
biarpun orang sekeliling saya, anggap saya penakut, biarlah
memang saya takut
Kadang2 memang hati saya berkobar-kobar nak bagitau awak yang saya suka awak,
tapi bila saya tengok diri saya kat cermin, saya tersedar dari lamunan dan angan2
awak adalah angan-angan saya yang mungkin tak dapat saya miliki
saya rasa kesian pada awak , kalau awak tahu yang saya suka kat awak
mesti awak malu, saya tak layak untuk awak
saya rasa saya akan lebih bahagia kalau awak dengan wanita yang selayaknya
wanita yang baik,solehah,cantik untuk awak yang sempurna tu.

*CINTA ITU TAK SEHARUSNYA MEMiLIKI,


Biarlah saya pejamkan mata, angankan awak hadir dalam hidup saya
Kerana angan itu indah,realiti itu pahit


Bait-bait indah lirik lagu ni ,memberitahu segalanya tentang apa yang saya rasa



Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendir


Monday, 18 June 2012

Kesebelas

Assalamualaikum awak,

Setiap hari mesti nak buka facebook, nak balas mesej kat inbox
Kalau saya tengok tak ada notifications kat inbox, mesti rasa sedih sangat.
Saya sentiasa berharap,bila saya online awak pon online
Susah nak mengagak awak online bila. tak ada petunjuk :(
Setiap kali awak balas mesej saya, awak tak tahu betapa gembiranya saya
senyum sampai ke telinga.

Awak tak pernah bayangkan betapa lebarnya senyuman saya setiap kali dapat mesej awak sama ada dekat handphone atau hanya inbox di fb
Saya selalu senyum sorang2 , kadang2 gelak
sebab saya terlalu gembira.
Awak menceriakan saya setiap masa walaupun hanya dengan mesej di inbox.
Saya bahagia sangat mencintai awak walaupun secara diam
Cinta itu tak semestinya harus memliki kan?



Awak,saya nak exam ! Tapi saya asyik nak online fb je. Takut2 awak balas mesej saya
Awak ni gangguan lah. HEHEHEHE
Entah kenapa saya addicted sangat kat awak. Awak ada kuasa apa ek?
Shhhhhh! pi main jauh-jauh :(

Thursday, 14 June 2012

Kesembilan

Assalamualaikum awak,

awak dalam minggu final exam kan.
mesti otak penat, badan letih.
kuat semangat tau awak ! buat sungguh-sungguh, yang terbaik
saya tahu awak boleh buat.
awak mesti dapatkan dean list tahun ini. Amin
Saya sentiasa doakan awak dan bagi awak semangat.
tiap-tiap paper awak,saya wish good luck
itu tanda saya ingat kat awak.
Poji,
Saya suka awak bercerita dan mengadu tentang paper exam awak
Saya rasa saya jadi tempat awak bercerita. seronok
tapi ada satu ayat awak buat saya terguris. entah saya nak rasa gembira atau tidak.
"tq..ak paper mlm ni..doakan sahabat kmu ini ye..aminn"
awak macam letak had. saya hanya sebagai sahabat awak.
okay :(
 Salam pendamai hati.

Sunday, 10 June 2012

Kelapan

Assalamualaikum awak,
hermm, lama saya tak update post di sini.
terlalu sibuk minggu ini sebenarnya,
hari jumaat hari itu saya ada dinner dean list.
Alhamdullillah, impian saya nak dapat dean list tercapai. Syukur !
dean list pertama and still counting. Insyaallah.
nak tengok wajah saya bermake up bagai, nah !

Hari sabtunya, pagi2 kena pergi hari keluarga APB dekat FRIM, Kepong.
Saya masuk tarik tali, lama gila tak main tarik tali
tapi kalah sebab padang sangat licin.
lepas itu,ikut mentor saya panjat hutan.
5 km. perggh, 1st time. saya jalan sorang2 je bila masuk hutan tu
balik rumah memang sakit2 badan.

Wednesday, 6 June 2012

Ketujuh

Assalamualaikum awak

Sebenarnya tak ada apa-apa nak cerita dengan awak , tapi saya rasa nak menulis.
Sehari tak menulis di sini rasa macam kurang sesuatu.
Hari ini ,awak tak balas pun mesej saya di FB
awak sibuk study agaknya.

awak, saya nak kongsi lirik lagu yang saya rasa macam kena dengan perasaan saya.
untuk awak :)


Aku Suka Dia - Ainan Tasneem


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia


Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya


Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…


Source: http://lagubestbest.blogspot.com/2011/10/aku-suka-dia-ainan-tasneem-lirik-lagu.html#ixzz1x1jS2ezX