Bagi aku, definisi cinta yang aku percaya adalah
apabila aku mencintai seseorang itu
Senyuman dia paling aku impikan
Kebahagiaan dia paling aku inginkan
Setiap hari dalam hidup aku, aku mahu cipta beribu rasa manis pada dia
Mulanya aku akui, bila aku jatuh cinta pada kau
Aku nak bersama kau
aku nak kau jadi milik aku. aku milik kau
Siapa yang tak nak kan?
Semakin lama aku jatuh cinta pada kau, aku sentiasa cuba berfikir dengan matang
Untuk buat kau bahagia, tak semestinya aku harus bersama kau bukan?
Kerana aku tahu dengan setiap inci kekurangan diriku yang aku ukur,
aku tidak layak..
macam dalam kisah dongeng klise
bagai perumpamaan orang Melayu dulu-dulu
Kita tak akan pernah mendengar "bagai pinang dibelah dua"
Tapi kita akan dengar "seperti langit dengan bumi" "ibarat burung enggang dan burung pipit"
realiti itu menyakitkan,
Aku tahu kau selayaknya dapat zaujah yang sempurna seperti diri kau juga
Ya, kerana yang selayaknya berdamping dengan kau itu akan buat kau bahagia
dan kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku
Aku bukan seperti lagu Hafiz "Bahagiamu Deritaku"
Kerana aku percaya,
Cinta itu tidak semestinya memiliki...
No comments:
Post a Comment