Friday, 30 May 2014

30 May 2014

Hari ini saya buat keputusan untuk berikan blog ini kepada pembacanya
Kenapa hari ini? Sebab hari ini hari ulang tahun ke 2 kewujudan blog ini
Bulan depan ulangtahun ke 3 kita berjumpa
Nak bagi time tarikh kita berkenalan, tak tahu pula tarikhnya bila. HAHA

Akhir coretan
Maafkan saya kerana meluahkan perasaan
Maafkan saya kerana meluahkan dengan cara begini
Saya tak mengharapkan apa-apa balasan
Hanya maafkan saya.

Mungkin selepas ini, awak akan rasa pelik atau segan andai kita terjumpa.
Andai awak nak buat tak kenal saya selepas ini, saya tidak akan kisah.
Keputusan saya untuk meluahkan ini bukannya senang.
Dan saya faham bagi awak adalah sukar juga
Sebab itu saya mengambil masa 3 tahun untuk memendam perasaan ini
mesti awak akan terkejut
Dah la akan rasa pelik dengan penggunaan saya awak, bukan aku kau. HAHAHA

Akhir kata,
Saya akan doakan kebahagiaan awak, kecemerlangan dan kesenangan dunia akhirat
Terima kasih Fauzi atas segala pertolongan dan persahabatan kita
Maaf sekali lagi kerana merosakkan persahabatan ini dengan perasaan saya sendiri.


No comments:

Post a Comment