Sehela nafas dalam marhabah rindu,
Sebut namamu bertasbih dalam cintaku,
Hadirmu buatku tenang
Tiadamu buatku resah
Adanya , debar dadaku mula deras
Impiku kau jadi imam dalam solatku,
Qari dalam bacaan Quranku
Penggerak dalam jadikan aku muslimah sejati
Nakhoda dalam hidupku
Cinta terakhirku
Abi pada para mujahid kecilku
Penyejuk amarahku
Penenang jiwaku
Pemegang janji warisku
Pada Allah aku memohon petunjuk
Istikharah cinta memanggilku
Dalam tahajud sabar aku menanti jodohku
Andai benar aku peminjam tulang rusuk kirimu
Izinkan rasa cinta ini terus mekar
Agar aku terus mencintaimu kerana Allah.
* puisi luahan hati saya
No comments:
Post a Comment