Tuesday, 17 July 2012

KeDuaPuluhSatu

Assalamualaikum awak.

Begitu lama saya kumpul kekuatan ini.
Saya akui memang sukar nak buat keputusan untuk dedahkan perasaan ni.
Saya tak takut malu, saya hanya takut awak akan sedih dan malu
bila awak tahu saya ada perasaan kat awak.
Kadang-kadang saya tekad nak beritahu awak perasaan saya
Saya tak kisah apa jawapan awak,asalkan saya luahkan
at least saya tak ada beban, at least saya berani


Tapi, kadang-kadang perasaan berani itu hilang tiba-tiba
Saya malu, saya takut,
saya pandang cermin, terus semangat saya hilang
Sebab saya rasa awak akan lebih gembira kalau saya simpan perasaan ini.
awak tak akan malu dan segan
sebab saya rasa saya tak mampu untuk berhadapan dengan awak selepas saya beritahu isi hati saya
sungguh saya tak mampu

Awak,
saya akui saya dah penat untuk simpan perasaan ini
Saya penat nak pendam perasaan sorang2
saya dah tak mampu
lebih baik saya berterus terang awal, dah cukup setahun pun saya simpan perasaan ni
Lebih baik saya akhiri daripada saya simpan bertahun lamanya dan akhirnya saya sendiri susah nak lupakan awak
Lebih baik berusaha untuk padamkan perasaan yang baru simpan dalam masa setahun

saya hanya bayangkan awak bagi respon negatif
awak takkan terima
saya bersedia. Lagi pun saya tak pernah bayangkan awak akan terima saya
itu mustahil kan? hehehe


Dan saya dah buat keputusan untuk beritahu awak.


No comments:

Post a Comment