Sunday, 29 July 2012

Yang Terakhir


Assalamualaikum awak

Nampaknya setakat ini saya luahan dan coretan saya
* banyak jugalah awak kena baca. nampak tak cara budak bahasa luahkan perasaan?. HAHAHA. Over sikit.

Bila awak baca blog ini, mungkin awak dah tahu hal sebenar. Entah mana datang kekuatan itu .
Saya dah boleh agak jawapan awak. Mesti tidak. Jangan risau. Tolong jangan rasa bersalah
saya boleh terima. Saya akan perlahan-lahan lupakan awak
Padam awak dalam hati saya
Mungkin tiada jodoh. Saya dah biasa dengan penolakan. Saya sudah bersedia.

Saya nak minta maaf sangat-sangat sebab saya ada perasaan macam ini kat awak. Maaf sangat-sangat.
Saya tak sengaja.
Awak mesti malu dan .....
Tak apa, saya faham..

Saya harap selepas ini kita masih boleh jadi kawan sekerja.
Mungkin awak akan rasa awkward. Tak apa, saya faham
Saya juga. perasaan malu.
Saya tak ambil hati kalau awak tak tegur saya
awak mengelak dari saya
saya faham.
Meskipun bayangan awak selalu hadir setiap kali saya memohon doa kat Allah, "Pertemukanlah aku jodoh yang terbaik"
Jangan risau, lepas ni saya kan mohon doa pada Allah agar dipertemukan jodoh yang sebaik awak.'
*kakak saya pernah pesan,
" kalau dia bukan jodoh kau, doa kat Allah agar dipertemukan jodoh sebaik lelaki yang pernah kau cintai".

اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..



Last coretan untuk awak
Semoga awak sentiasa sihat, bahagia, dimurahkan rezeki, terhindar dari segala bahaya, sentiasa jadi anak yang soleh ,sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta dan di bawah lindungan redha pemilik segala yang ada di bumi dan di langit, Allah SWT
Jaga diri, jaga hati, jaga iman.
semoga awak berjaya graduate di UTEM. Saya akan sentiasa doakan kejayaan awak.
awak ada cakap,result awak makin meningkat.
Alhamdullillah. Tak sia-sia saya support awak. HEHEHE
Semoga cita-cita awak dan jadi cikgu matematik dan buka perniagaan sendiri akan berjaya
Semoga bertemu jodoh dengan wanita yang solehah dan yang terbaik untuk awak
*pssst : Jangan lupa jemput aku datang wedding, walaupun aku tak akan datang. HEHEHE

AMIN.
Assalamualaikum Fauzi

(*Pojie, aku still nak tuntut kad raya dari kau. hehe)


Coretan  terakhir,
Amalina Aida

No comments:

Post a Comment